Harini dah hari Selasa..cepat betul masa berlalu. makin bertambah hari, makin bertambah usia, makin kurang tempoh usia kita, dan makin dekat kita pada kematian.Sesungguhnya mati itu pasti, dan mati itu rahsia Allah. kita sahaja yang tak tahu bila dan tak boleh mengelak dari menghadapi kematian.
Sebut pasal mati, cara hidup dan pemakanan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kematian. Diebetis, darah tinggi, sakit jantung..penyakit-penyakit yang terhasil daripada cara hidup dan pemakanan harian kita yang tidak bagus.
Cara kita mati, hanya Allah yang tahu. tapi sebagai hambaNya , kita seharusnya menjaga harta yang tak ternilai ini (nyawa) dengan sebaik mungkin. Makan dan tidur memang best. Tapi kesihatan yang baik lagi lah best! Alhamdulillah, sehingga hari ini bella masih diberi kesihatan yang baik, tersedar sebelum segalanya terlambat.
Jom, tgk apa bella makan semalam:
0900 - 2 sudu oat
1230 - Seekor ikan keli masak cili padi, beberapa ketualn kecil ikan goreng tepung dan satu senduk tempe goreng dengan sayur kacang panjang.
1430 - sepotong kek Yogurt Cheese ( lebar sebesar jari telunjuk, tingggi 3 inci)
1830 - seketul ayam dimasak sup dan salad
2100 - buah langsat 5 biji dan buah limau
* jangan lupa minum air masak sepanjang hari, bella minum lebih kurang 3 liter sehari bersamaan 2 botol coke besar. masih sikit?
Aktiviti pula, Bella amalkan setiap pagi sejak mula diet tempoh hari
0630 - sit up 30 kali
0750 - naik tangga dari tingkat 6 ke tingkat 10
1800 - berjalan sejauh 400m
0000 - sebelum tidur, sit up 30 kali dan kayuh kaki ala-ala naik basikal 50 kali kayuh
Hasil selama seminggu?? tak nampak lagi laa..usaha pun kecil, hasil pun lambat. kita kena ingat, diet 1 minggu mana boleh cover makanan untuk 20 tahun. hehe..
semoga bella terus berjaya!
No comments:
Post a Comment