Pages

Tuesday 15 January 2013

14012013

Harini dah hari Selasa..cepat betul masa berlalu. makin bertambah hari, makin bertambah usia, makin kurang tempoh usia kita, dan makin dekat kita pada kematian.Sesungguhnya mati itu pasti, dan mati itu rahsia Allah. kita sahaja yang tak tahu bila dan tak boleh mengelak dari menghadapi kematian.

Sebut pasal mati, cara hidup dan pemakanan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kematian. Diebetis, darah tinggi, sakit jantung..penyakit-penyakit yang terhasil daripada cara hidup dan pemakanan harian kita yang tidak bagus.

Cara kita mati, hanya Allah yang tahu. tapi sebagai hambaNya , kita seharusnya menjaga harta yang tak ternilai ini (nyawa) dengan sebaik mungkin. Makan dan tidur memang best. Tapi kesihatan yang baik lagi lah best! Alhamdulillah, sehingga hari ini bella masih diberi kesihatan yang baik, tersedar sebelum segalanya terlambat.

Jom, tgk apa bella makan semalam:

0900 - 2 sudu oat
1230 - Seekor ikan keli masak cili padi, beberapa ketualn kecil ikan goreng tepung dan satu senduk tempe  goreng dengan sayur kacang panjang.
1430 - sepotong kek Yogurt Cheese ( lebar sebesar jari telunjuk, tingggi 3 inci)
1830 - seketul ayam dimasak sup dan salad
2100 - buah langsat 5 biji dan buah limau

* jangan lupa minum air masak sepanjang hari, bella minum lebih kurang 3 liter sehari bersamaan 2 botol coke besar. masih sikit?

Aktiviti pula, Bella amalkan setiap pagi sejak mula diet tempoh hari
0630 - sit up 30 kali
0750 - naik tangga dari tingkat 6 ke tingkat 10
1800 - berjalan sejauh 400m
0000 - sebelum tidur, sit up 30 kali dan kayuh kaki ala-ala naik basikal 50 kali kayuh

Hasil selama seminggu?? tak nampak lagi laa..usaha pun kecil, hasil pun lambat. kita kena ingat, diet 1 minggu mana boleh cover makanan untuk 20 tahun. hehe..


semoga bella terus berjaya! 

Tuesday 8 January 2013

08012013

Usually 1st day memang susah..tapi syukur bella tak rasa sangat. mungkin sebab da selalu sangat 1st day dietkan. hehe.
so, jadual 1st day bella adalah seperti berikut

0630 : Minum segelas air masak pada suhu bilik bangun2 dari tidur
0730 : Minum segelas air masak n satu sudu besar Madu asli
0845 : Dua sudu oat campur dengan air masak segelas
1230 : Kobis goreng, tempe n sambal belacan
1500 : sebiji Apple Fuji belah 8, bella makan 5.
1800 : Sayur kangkung goreng
1830 : Jalan 400m pergi balik kedai
1930 : Seketul ayam masak merah n sayur campur
2130 : Dua biji rambutan n teh o
1130 : Minum segelas air masak n satu sudu besar Madu asli

korg rase macam mane? boleh berjaya ke? BOLEH PUNYE ! (kalau consistent laa) harini bella tak exercise, setakat jalan ke kedai saja. harap2 esok dan seterusnya bella rajin pergi exercise berbanding tgk sinetron kat TV3 tu "Bayu Cinta Luna". Bella memang takda masalah untuk tinggalkan nasi. Cuma menjadi masalah kalau tak makan lauk. hehe



p/s : Makan madu ( yang bella highlightkan warna purple ) adalah rutin harian bella sejak 2 minggu lalu. Jadi, bella mungkin tak update dalam jadual makan harian bella dah lepas ni

All the best, Nabilah!

Diet hari pertama...

Yang ke berapa kali pertama pun tak boleh nak dipastikan. Hopefully pertama yang ni yang terakhir dan usaha untuk diet berterusan sampai bila-bila pun..fuhh..hehe.. 

"Better Late Than Never"

Memang susah nak memulakan diet, semua benda bagai nak makan. time ni la teringin nak makan macam-macam..time ni juga la tiba2 rajin nak masak semua benda, haha.. meh nak share perkara2 yang bella lakukan sebelum diet.

1. Tetapkan tarikh mula berdiet
     bella mula diet pada 8hb sebab semalam dah termakan 2 ayam KFC! (TERmakan???)

2. Letakkan tarikh sasaran
     bella pilih bulan Ogos untuk mencapai berat sasaran,sebab Raya bulan 8. mesti nak pakai cantik2 kan?

3. Beritahu semua orang disekeliling yang bella tgh diet.
     Kebanyakan kawan ofis bella tahu yang bella sedang berdiet n dorg merupakan pembakar semangat. sebenarnya lebih kurang macam alert juga, tiap2 hari tanya makan apa..terutama skali Ally. kak sham pulak banyak tolong cari kan diet plan. hehe..banyak juga diet plan rupanya,tapi tak boleh tahan la..bella choose utk create diet plan sendiri..hehe

4. Cari kawan yang boleh buat sama2
    Part ni best. bila ada kawan, kte akan lebih semangat nk diet. ala2 nak lumba la..mana boleh kawan kte je nmpk cantik, tapi perlu ingat, kawan pun manusia biasa, sama je macam kte, susah nk tahan godaan. Paling penting, sama2 bagi nasihat dan semangat. so, sama2 cantik n sama2 sihat. adilkan? 
p/s : Mabel, sila kuat semangat okay? Teh Tarik tak boleh dah.

4. Catat permakanan harian
    Mulai harini, bella akan catat apa saja makanan yang masuk dalam mulut ni haa.. APA SAHAJA..okay? so boleh laa kte sme2 monitor sama ada diet bella jalan ke tak. (hopefully jalan laaaaa..malu kalau tak jalan..haha)

5. Jadual exercise.
    Exercise? penting sangat walaupun tak makan. nak ke kulit menggeleber?? buat yang ringan2 dulu before pergi ke yang lebih berat.klu terus buat, badan terkejut nanti, terus korg malas nk exercise..

6. TETAPKAN HATI n KUATKAN SEMANGAT untuk mencapai berat idaman. 
    Cari la salah satu sebab kenapa nak berdiet, yang ni memang betul2 berkesan sbb korg memang akan berusaha walau macam mana pun.Contohnye, korang plan nk masuk Ratu Kebaya.

7. JUJUR pada diri sendiri
   
Part ni, bergantung pada diri korg. kalau nak berjaya, memang kena jujur. setiap kali balik rumah, bella boleh je masuk dapur, mkn senyap2. tapi kira kte tipu diri sendiri laa..tak best langsung.



Ni semua plan bella sebelum mula diet harini. Jom tgk apa yang bella makan hari2 lepas ni k. Kte tengok sama2, berjaya tak plan bella ni..haha

 

I can do it! heheee~
   

Saturday 4 August 2012

Blogwarming


1st blog, 1st post
*clap clap*

kena buat blogwarming party kah? hampar karpet pun okay kan ?

tadaaa! jemput datang hari2.


special thanks to my colleague, mabs sebab ajar banyak sangat pasal blog.
nanti ajar lagi sampai habis naaa